Pages

Subscribe:

.

19 Februari 2013

Pesan Imam Syafei

katagori : status sahabat

" SESUATU YANG BENAR TETAPI BAHAYA IAITU PUJIAN MANUSIA ..
RAMAI YANG ROSAK AKIBAT TERLALU HANYUT DENGAN PUJIAN."

Puji ibarat gula jika terlalu berlebihan, boleh menyebabkan penyakit.
Keji pula ibarat jadam walaupun pahit ,
Tetapi ia dijadikan Ingatan agar tidak tergelincir kepada kerosakan.

** PUJIAN ORANG TIDAK MENJEJASKAN KEIKHLASAN **

Manakala seorang itu melakukan kebaikan dengan IKHLAS, kemudian amalan kebaikannya itu diketahui oleh orang ramai
tanpa dimaksudkan olehnya, dan dia merasa tertarik dengan pujian mereka itu, maka ini tidak merosakkan nilai amalanya dan tidak menjejaskan keIkhlasannya.
Ikhlas itu hanya Allah SWT sahaja dapat menilaikannya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa ada seorang bertanya kepada Rasulullah saw:-
"Wahai Rasulullah;- Seorang yang membuat amal kebaikan lalu dirahsiakan (disembunyikan) dari pengetahuan ramai,
Manakala diketahui, ia merasa tertarik atau bangga!
Rasulullah menjawab:-
Dia mendapat 2 pahala:- Pahala yang tersembunyi dan pahala yang ternyata,
Bahkan pujian orang ramai itu adalah termasuk alam berita gembira yang segera."

Abu Dharir telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. , katanya;-
" Beritahulah padaku tentang seorang yang berbuat amal kebaikan lalu dipuji oleh orang ramai.
Jawab Rasulullah:- " Itulah berita gembira orang mukmin yang segera."

0 komentar:

Posting Komentar